Harapan...

Isnin, Disember 12, 2011

PELAJAR CEMERLANG ANAK PENDUDUK PASIR GAJAH DIRAIKAN

Penerima sumbangan 
Mohd Burhanuddin menerima sumbangan
Ahmad Amirul Razali
Penerima dari PMR
Pn Hjh Rabiah Sidek menerima sijil Penghargaan dari JKKK Pasir Gajah

Pada 7 Disember 2011,Rabu sempena Sambutan Hari ADC Peringkat Negeri Terengganu,JKKK Pasir Gajah melalui Tabung Pendidikan yang ditubuhkan oleh JKKK Pasir Gajah sendiri telah menghulurkan sumbangan kepada anak penduduk Pasir Gajah yang berjaya dalam UPSR tahun 2010 dan 2011 serta PMR dan SPM tahun 2010.

Seramai 4 orang murid UPSR 2010 dan 8 orang murid UPSR tahun 2011 serta 2 dari PMR dan 2 dari SPM telah menerima sumbangan kewangan seadanya dari Tabung Pendidikan JKKK Pasir Gajah.Hadiah disumpurnakan penyampaiannya oleh wakil Pegawai Daerah Kemaman En Mohd Rozman bin Mamat.

Antara yang menerima sumbangan Tabung Pendidikan ini ialah {UPSR 2010} Nurul Najla bt Razali,Mohd Hafizi bin Mohd Pahmi,Nurul Izzati bt Mat Zin dan Nurul Hanis bt Mat Zaik,{UPSR 2011} pula ialah Ahmad Amirul bin Razali,Khairul Hisyam bin Nor Adi,Mohd Burhanuddin bin Ibrahim,Wan Nor Ramizah bin Wan Remali,Nor Atikah bt Azlan,Nurul Nasyitah bt Zawawi,Nurul Izzati bt Deli dan Zulaikha Natasya bt Zukiman.

PMR pula ialah Siti Norliana bt Mohd Pahmi - 7A1B,CW Yuslina bt CW Ateng 7A1B,dan SPM pula ialah Mohd Helmi bin Ibrahim 10 A dan Raihanah bt Bidin 8A.Tahniah kepada yang berjaya....ingatkan kampung bila dah berjaya nanti.

Selain itu JKKK turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Guru Besar dan warga pendidik pasir Gajah atas kejayaan "pecah rekod" UPSR 8 orang dapat 5A tahun 2011.Tahniah.Hadiah diterima oleh Pn Hjh Rabiah bt Sidek ,PK Pentadbiran SKPG.

Tiada ulasan: