Harapan...

Rabu, Disember 07, 2011

KEDATANGAN PANEL HAKIM ADC NEGERI

 En.Shafie bersama Pengerusi JKKK tiba di pintu masuk
 Kumpulan silat Panca purba memulakan acara
 VIP di barisan hadapan
 Koir Anak Kampung mendendangkan lagu "Kampungku Pasir Gajah"
En Shafini ,Pen Pengarah Kemas Terengganu menerima senaskah buku Profil

Pada Rabu 7 Disember 2011,telah berlangsung Majlis Sambutan sempena Penghakiman ADC Peringkat Negeri Terengganu.JKKK Pasir Gajah dari pagi lagi telah bersedia menanti kehadiran 8 orang Panel Hakim ADC Peringkat Negeri.Majlis sambutan yang diadakan di Dewan Orang Ramai telah disiapkan sebaik mungkin.Tepat jam 1130 pagi,paluang kompang kedengaran menandakan kedatangan para hakim  yang diiringi oleh 8 gadis manis pembawa bunga manggar.

Para hakim yang diiring oleh Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh kemudian disambut pula dengan persembahan Silat Sambutan oleh pesilat dari perkumpulan Silat Panca Purba.Kemudian para hakim diiring ke dalam dewan.Di sini para hakim diperdengarkan pula degan lagu krasmi pasir gajah iaitu lagu Kampungku Pasir Gajah.

Dalam sesi ucapan,Penolong Pengarah Kemas Terengganu En.Shafini memberi penjelasan tentang perjalanan ADC.Pihak JKKK pula turut mengaturkan program pertama degan menghulurkan sumbangan kepada murid berjaya dalam UPSR,PMR dan SPM melalui sumbangan Tabung Pendidikan.Sebagai simbolik kepada pertandingan,wakil Pegawai Daerah Kemaman iaitu En Mohd Rozman  Mamat telah menyampaikan Buku Profil ADC Pasir Gajah kepada En Shafini.Majlis berakhir jam 120 tengahari.


Tiada ulasan: