Baru nak pasang lilin
Sekeluarga mengadap lilin.....
Cahaya lilin menerangi rumah waktu "blackout"
Minggu ini,dalam ingatan penulis,telah berlaku dua kali elektrik terputus di Pasir Gajah.Penulispun tak tahu apa sebabnya,cuma JKKK bimbang jika ianya menjadi amatlah tidak selesa bagi penduduk apabila elektrik terputus di waktu malam. Yang bersedia dengan lilin,kira okay jugalah,yang tak bersedia dengan apa-apa,mungkin akan sedikit gelabah.
Kejadian pertama pada 12 Disember 2011 bermula jam 1050 malam dan berlarutan sehingga jan 1230 malam.Kejadian kedua penulis tak berapa pasti tapi berlaku dalam masa 30 minit bermula jam kurang hampir 900 malam.
Penulis tak tahulah samaada kawasan lain terlibat atau tidak,tapi realitinya ianya berlaku di Pasir Gajah.Bimbang juga sebab rumah semakin bertambah,rumah kampung sahaja ada hampir 340 buah,rumah baru Rumah Murah ada 150 buah,bimbang kalau-kalau pencawang di Pasir Gajah tidak mampu menampung kuasa elektrik untuk dialirkan di kampung ini.Yang pasti JKKK dan ada juga penduduk akan sentiasa bekerjasama dengan TNB apabila elektrik terputus dengan menelefon pejabat TNB.Ibarat kata orang....TNB dengan JKKK/Penduduk bagai isi dengan kuku...sama ambil cakna dan sama ambil berat.Keselesaan penduduk JKKK utamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan