Harapan...

Selasa, Disember 27, 2011

CERAMAH MOTIVASI SEMPENA ANUGERAH GDW 2011

 Pada 27 Disember 2011,Selasa,Jam 950 pagi telah diadakan Program Motivasi  Pembangunan Penduduk yang disampaikan oleh Pengerusi GDW Kanpung Alor Limbat Marang.Majlis yang diadakan ini adalah bersempena Program Penyampaian Hadiah Kampung GDW terbaik KETENGAH.
 Pendaftaran yang dibuat seawal jam 10.00 pagi ini disertai oleh 45 orang kampung dari JKKK Pasir Gajah dan selebihnya dari 40 buah kampung GDW dalam wilayah KETENGAH.Kehadiran  peserta telah direkodkan oleh JK pendaftaran yang terdiri dari kakitangan KETENGAH.Peserta yang hadir telah dijamukan dengan jamuan Nasi Lemak Pok Wee.
 Para petugas dari JKKK Pasir Gajah  yang terdiri dari Pn Nora,Pn Habsah,Pn Zihan,Cik Norazlina dan Pn Marini memastikan persiapan dari segi makanan cukup dan sedia dijamukan kepada para peserta.
 Peserta yang hadir dalam majlis motivasi ini pula tidak lupa mendaftarkan diri bagi memastikan kehadiran mereka direkodkan oleh pihak KETENGAH.
 Pn Farrah selaku juruacara
 Peserta yang hadir
 Cikgu Jusoh Zaki...Pengerusi GDW Alor Limbat
 Peserta menikmati hidangan makan tengahari
 Pengerusi GDW bersama Pengurus Kesejahteraan Rakyat Ketengah
AJK JKKK dari Pasir Gajah

Majlis yang bermula jam 1030 pagi berakhir jam 1230 tengahari.

Tiada ulasan: