Harapan...

Ahad, Disember 11, 2011

ATAP BIRU SUDAH ADA DI DEWAN PASIR GAJAH

 Atap Biru yang melambangkan sumbangan kerajaan BN untuk rakyat sudah ada di Dewan Pasir Gajah
Himpunan atap biru...untuk rakyat dari Kerajaan Rakyat iaitu Kerajaan BN.

Pada 11 Disember 2011,SU JKKK telah berpeluang meronda kampung untuk melihat apa yang ada dan apa yang perlu diberi perhatian.Di Dewan Orang Ramai,kita dapati sudah ada timbunan Atap Biru dari Kerajaan BN untuk Rakyat yang cintakan kerajaan BN berjiwa rakyat sudah ada.Sudah sedia untuk diagihkan bila sampai waktunya.

Timbunan Atap Biru BN DUN Ayer Puteh di Dewan Pasir Gajah ini diuruskan oleh JKKK Pasir Gajah di bawah Biro Kebajikan dan Tugas-tugas Khas yang dikendalikan oleh En.Badrulhisyam Jusoh dan En Mohd Salim bin Abd Hamid.Agihan atap biru ini memangnya melambangkan agihan dari Kerajaan BN.

Yang SU dapat tahu,JK Biro Kebajikan ini telah banyak  membantu saudara-saudara  kita penyokong kuat BN dengan agihan atap BIRU.Yang tak menyokongpun ada yang dapat,tapi masih malu-malu nak pasang.Itu yang perlu JKKK buat,membantu kepada yang perlu terutama penyokong kuat BN.Sesuai benar warna ATAP itu BIRU.Biru itukan warna Barisan Nasional.Jadi memang molek benar kerajaan pimpinan UMNO yang memerintah Terengganu di bawah YAB Dato Sri Hj Ahmad bin Said sebagai Menteri Besar menjadikan atap itu warna BIRU sebab sememangnya semua RAKYAT Terengganu sukakan warna itu.BIRU tu BN lah.....yang ada kena mengena dengan UMNO yang menerajui Pasir Gajah.Sama-samalah kita menyokong BN dan UMNO....Kita nak lihat masa PRU13 nanti....BN pilihan Penduduk Pasir Gajah...

Tiada ulasan: