Harapan...

Ahad, Disember 04, 2011

KETUA POLIS BALAI PASIR GAJAH DALAM TERENGGANU FM







SLOT PDRM DI RADIO TERENGGANU FM
OLEH SARJAN MEJAR MOHD SHAKIR BIN ABU BAKAR
KETUA POLIS BALAI PASIR GAJAH, KEMAMAN

KUALA TERENGGANU – 18 MEI 2011, Sarjan Mejar Mohd Shakri Bin Abu Bakar, Ketua Polis Balai Pasir Gajah, Kemaman, secara julung kalinya anggota polis pangkat rendah telah ke udara di Stesen Radio Terengganu FM. Beliau yang juga bekas tenaga pengajar di Ulu Kinta Pasukan Gerakan AM (PGA) Perak, kini bertugas sebagai Ketua Polis Balai dan merupakan kali pertama beliau ke udara radio Terengganu FM. Antara perkara yang beliau telah jelaskan kepada para pendengar Radio Terengganu FM di mana, Beliau telah menjelaskan kepada para pendengar Terengganu FM mengenai asal usul Balai Polis Pasir Gajah, jumlah keanggotaan, jenis jenayah yang kerap berlaku di kawasan pentadbiran Balai Polis Pasir Gajah. Selain itu, beliau turut memberitahu kepada pendengar mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Pasir Gajah.


Di samping itu, beliau telah memaklumkan kepada para pendengar Terengganu FM mengenai Ops Payung yang telah dilancarkan secara rasminya di peringkat Kontinjen Terengganu pada 29 Mac yang lalu di Tapak Pasar Tani Bukit Payong Marang Terangganu. Beliau memberitahu kepada para pendengar Terengganu FM bahawa perlaksaaan Ops Payung ini adalah salah satu inisiatif bagi menyokong komitmen kerajaan dalam usaha merealisasikan enam objektif NKRA (National Key Result Area) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang menjurus kepada penurunan kadar jenayah indeks seluruh Negara.


Tambahnya lagi, kewujudan Ops Payung ini adalah usaha PDRM untuk memantapkan lagi dan menambahbaikkan sistem sektor yang telah diguna pakai sejak tahun 1967 dengan menggunakan pendekatan rondaan bit dan ronda sebagai usaha mendekati masyarakat dan melakukan pencegahan jenayah. Ops Payung adalah satu konsep penugasan secara People Focused Policing yang dapat memberikan kesan psikologi yang positif dalam usaha mengembalikan persepsi dan keyakinan masyarkat terhadap perkhidmatan polis.


Beliau mengulas lanjut bahawa operasi ini dikenali Ops Payung sempena fungsi ‘Payung’ yang memberi perlindungan dari hujan dan matahari secara simboliknya melambangkan elemen pelindung (protector) kepada masyarakat sebagaimana yang disarankan oleh Ketua Polis Negara melalui konsep 4P. Di mana, sebagai pelindung, PDRM berperanan menanam kenyakinan kepada orang ramai dan seterusnya berupaya untuk mendapatkan perghormatan, sanjungan dan dihargai oleh masyarakat.


Akhir sekali, beliau memberikan hebahan kepada orang ramai supaya hadir ke (Program Crime Awareness Day ) Program mendaki Satu Malaysia yang dianjurkan oleh IPD Kemaman pada 20 Mei 2011 (Jumaat) bertempat di Bukit Mak Dayang Chukai Utama, Chukai Kemaman bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.


Nasihat Beliau kepada para pendengar Radio Terengganu FM, masyarakat hendaklah sentiasa mendampingi polis dalam menyalurkan maklumat sebarang salah laku jenayah di sekeliling mereka melalui saluran-saluran yang sedia ada seperti rakan Cop dan Rakan Anti Jenayah ada ditubuhkan di daerah Kemaman. Menerusi perhubungan yang erat antara pihak polis dengan masyarakat, insyaAllah sebarang permasalahan dapat dibendung dan diatasi secepatnya.

Tiada ulasan: