Kawasan sebelah bangunan 4 pintu JKKK pasir Gajah masih kosong
Pok Pa kata kawasan ini sesuai untuk RUMAH UMNO PASIR GAJAH
19 DISEMBER 2011,Isnin.Semasa berbincang dengan Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh baru-baru ini,penulis menyuarakan pandangan perlunya sebuah kawasan baru untuk digazetkan sebagai tapak bagi rumah UMNO cawangan Pasir Gajah yang baru.Hal ini perlu memandangkan UMNO bahagian Kemaman telahpun memberi pandangan agar semua UMNO Cawangan mencari satu tapak untuk Rumah UMNO yang baru.Pasir Gajah tidak ketinggalan memikirkan pentingnya hal ini.
Sambil minum bersama Timbalan Pengerusi JKKK Pasir Gajah,En Mustafa Muda {Pok Pa} penulis membangkitkan cadangan untuk pembinaan Rumah UMNO di sebelah bangunan 4 pintu JKKK Pasir Gajah yang masih mempunyai keluasan 80 kaki x 70 kaki.Terlalu elok jika bangunan UMNO Pasir Gajah tersergam di situ,sebab penulis dapati kawasan itu bakal menjadi pusat pentadbiran JKKK / UMNO yang cukup stategik.Selain itu,penulis rasakan sudah sampai masanya kepimpinan sekarang meninggalkan satu tempat untuk generasi pelapis UMNO masa hadapan.....dan Pok Pa mempunyai pandangan yang sama,inilah kawasan yang sesuai.
Cadangan ini akan dipanjangkan kepada pihak berwajib untuk memastikan UMNO cawangan Pasir Gajah mampu mempunyai bangunan sendiri dan memilik tapak yang sah.Sama-samalah kita MENYOKONG apa yang UMNO Pasir Gajah ingin perjuangkan untuk generasi hari ini dan generasi akan datang. HIDUP UMNO maka akan berkembanglah ISLAM...itu yang penulis boleh ungkapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan