Harapan...

Ahad, Disember 18, 2011

PROJEK TANGKI AIR MEGA UNTUK PENGHUNI RUMAH MURAH PASIR GAJAH

Kawasan Rumah Murah Peringkat Dua dijadikan tempat pembinaan tangki air

Pada 15 Disember 2011,Penulis sekali lagi membuat pemantauan ke kawasan Rumah Murah Pasir Gajah.Hampir 145 rumah di kawasan tersebut sudah berpenghuni,5 buah lagi sudah ada nama pemiliknya. Penulis bersyukur kerana usaha JKKK untuk melihat ujudnya perumahan rumah murah 15 tahun lalu menjadi kenyataan.Hasil perjuangan bekas pengerusi JKKK yang lalu,Allahyarham Mohamad bin Yahaya kini telah dapat dinikmati oleh penduduk Pasir Gajah.Bukan sahaja penduduk Pasir Gajah yang tinggal di situ,bahkan ada dari luar kampung ini,Alhamdulillah,sahabat-sahabat baru ini tiada masalah dengan JKKK Pasir Gajah,mereka boleh menerima cara tadbirurus JKKK walaupun ada juga sekelumit yang rasa masih terikat dengan kampung lama dan seolah tidak mahu terikat dengan tadbirurus kampung ini,cuma menjadikan rumah murah sebagai tempat tidur dan tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti JKKK.Golongan ini cuma sekelumit...biasalah.JKKK Pasir Gajah cuma insan biasa yang mahukan perpaduan penduduk menjadi keutamaan...nak majukan kampung bukan senang.

Jentera berat digunakan untyk bina tangki

Dari masalah kecil kepada masalah yang rumit,JKKK pasir Gajah cuba selesaikan.Di kawasan ini,JKKK Pasir Gajah ada 4 orang AJK yang begiti komited membantu penduduk.Badrulhisyam,Asmida,Nora dan Mohd Salim adalah AJK yang tinggal di RUMAH MURAH,yang boleh diajukan masalah,mereka boleh panjangkan masalah kepada Pengerusi JKKK atau Setiausaha JKKK.Masalah air umpamanya,JKKK telah memanjangkan masalah dan pihak SATU telah membina PAM air di sebelah pagar masjid.Yang terbaru,pihak PERMINT telah mengambil ikhtiar yang MAHA hebat dengan membina sebuah TANGKI AIR di kawasan rumah murah tersebut.Kerja pembinaan sedang rancak dijalankan.Kita doakan agar penghuni rumah murah tidak lagi menghadapi masalah air tahun depan bila tangki air tersebut siap.Inilah kerja JKKK....buat kerja dalam diam untuk pastikan PENGHUNI RUMAH MURAH selesa tinggal di Pasir Gajah...bercerita kepada rakan-rakan yang tinggal di Pasir Gajah seronok...itu yang kita harapkan.
Papan tanda rumah murah kos rendah

Masalah api jalan juga cuba JKKK selesaikan,buat permulaan,baru diluluskan 3 buah tiang api jalan.Biar lambat asalkan dapat.....kita terus berjuang dan mohon dari pihak tertentu....InsyaAllah...sampai masanya...kawasan rumah murah akan dapat api jalan secukupnya.Inikan kerajaan Barisan Nasional,kerajaan RAKYAT,kerajaan UMNO yang melihat keperluan rakyat diutamakan...Mohon semua penghuni RUMAH MURAH MENYOKONG BARISAN NASIONAL....walaupun ada  yang tidak begitu sebenarnya.....namun,apalah sangat menjadi YANG TIDAK MENYOKONG UMNO...apa yang boleh didapati selain semuanya dari BN/UMNO belaka yang bagi .......melalui JKKK,melalui YB,....kalau orang berbudi...apalah salahnya kita membalas budinya...apalah dosanya kalau kita turut mengenang pemberian ini dengan betul......JKKK Pasir Gajah sentiasa berdoa kepada ALLAH agar kita semua dijalan yang BETUL.Kita akan cuba pastikan kawasan tersebut akan mendapat kemudahan yang sepatutnya.....sebab MOTTO JKKK ialah......KOMUNITI AKTIF KAMPUNG PRODUKTIF.

Tiada ulasan: